Presiden LaLiga, Javier Tebas, mengucapkan tahniah kepada Bundesliga yang telah kembali beraksi dan memberikan teladan untuk diikuti.

Berikutan penangguhan saingan selama dua bulan yang berpunca daripada wabak koronavirus, saingan Bundesliga kini bersambung hujung minggu lalu dan menjadi liga utama Eropah pertama yang disambung semula.

Semua permainan dimainkan tanpa kehadiran penyokong, sementara kebanyakan individu memakai topeng dan mengamati protokol yang penjarakan sosial.

Sepanyol telah menjadi antara negara yang paling terkesan dengan wabak Covid-19, dengan lebih daripada 277,000 kes disahkan dan angka kematian yang melebihi 27,000.

Tebas kagum dengan tugas yang dilakukan untuk memastikan Bundesliga kembali aktif dan gembira dan mendapat langkah yang boleh diikuti.

"Saya sangat gembira. Saya telah mengucapkan tahniah kepada CEO Bundesliga," kata Tebas kepada El Partidazo.

"Mereka telah melakukan tugas yang sangat penting dan saya sangat bangga. Inilah contoh yang harus diikuti."

Tebas tidak memiliki keputusan akhir untuk memastikan LaLiga dapat disambung semula dan serta mahu perlawanan dipertandingkan pada hari Isnin, perkara yang sering dibantah penyokong dan ditentang oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol, Luis Rubiales.

"Ini akan ditentukan oleh pihak berkuasa kesihatan. Saya ingin memastikan saingan disambung secepat mungkin. Kami berusaha untuk meneruskan saingan bermula 12 Jun ini," kata Tebas.

"Saya berharap ini saingan juga dapat dipertandingkan pada hari Isnin dan berharap dipersetujuji oleh pihak persekutuan. Masalah peminat tidak lagi wujud dalam situasi ini."Kelab-kelab LaLiga dapat kembali mengadakan sesi latihan individu sejak minggu lalu dan boleh mula berlatih dalam kumpulan terhad mulai hari ini.

"Pemain harus fokus. Setiap fasa baru membolehkan anda bersama lebih banyak orang dan anda harus berhati-hati," kata Tebas.