Conte puas hati dengan persembahan Eriksen

Oleh Staff Writer 3 Februari 2020 504
Conte puas hati dengan persembahan Eriksen
UDINESE 0 INTER 2

Antonio Conte menegaskan beliau berpuas hati dengan prestasi Christian Eriksen di sebalik menggantikan pemain tengah itu awal dalam separuh masa kedua ketika Inter merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Udinese.


Selepas berhijrah daripada Tottenham, Eriksen hadir sebagai pemain gantian menggantikan Alexis Sanchez dalam aksi Coppa Italia berdepan Fiorentina pertengahan minggu lalu.

Pemain kebangsaan Denmark itu menghasilkan peluang pertamanya dalam saingan Serie A semalam, dengan merekodkan 51 sentuhan dan menyempurnakan 78 peratus hantaran sebelum digantikan pada minit ke-58.

Kedudukan masih 0-0 ketika pertukaran dilakukan tetapi Inter meraih mata penuh menerusi dua jaringan daripada Romelu Lukaku.

Conte -- yang menyaksikan pasukannya menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan -- meminta untuk bersabar dengan Eriksen di sebalik meluahkan kepuasan terhadap usaha pemain berusia 27 tahun itu ketika beraksi di atas padang.

"Saya berasakan buat seseorang yang tiba lima hari lalu dan kami tidak seharusnya lupa untuk memintanya untuk beraksi pada pertengahan minggu, Eriksen masih lagi memberikan impak yang positif," kata Conte kepada Sky Sport Italia.

"Sememangnya, dia masih lagi perlu menyesuaikan diri dengan gaya permainan Inter dan perlu mendapatkan tahap kecergasannya yang sesuai dengan Serie A tetapi saya berpuas hati dengan penampilan sulungnya dalam Serie A."

Kemenangan itu menyaksikan Inter kembali mengatasi Lazio untuk merebut tangga kedua liga, ketinggalan tiga mata kepada pendahulu, Juventus, menjelang aksi 'derby' Milan di San Siro.

"Perlawanan berdepan Fiorentina dalam Coppa Italia melonjakkan keyakinan pasukan," katanya lagi.

"Kami menyedari sukar untuk beraksi di Udinese tetapi telah menampilkan aksi cemerlang dalam separuh masa kedua.

"Kami berjaya menjaringkan dua gol dan membawa pulang tiga mata. Ia sangat penting kepada pasukan. Kami perlu meneruskan perkara ini dan kini beralih tumpuan kepada aksi 'derby' berdepan Milan."



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen