Antonio Conte berkata Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masih boleh meningkat naik ketika Inter membuat persiapan berdepan Shakhtar Donetsk sekali lagi.

The Nerazzurri mudah mengatasi Shakhtar dalam perlawanan sebelum ini, menang 5-0 dalam aksi separuh akhir Liga Europa Ogos lalu.

Lukaku dan Martinez masing-masing menjaringkan dua gol di Dusseldorf dan menjadi gandingan Inter pertama untuk sekurang-kurangnya meledak 20 gol dalam semusim sejak Adriano dan Obafemi Martins pada 2004-05.

Lukaku, yang meraih 34 gol dalam semua pertandingan pada musim pertamanya, telah meledak tujuh musim ini.

Tetapi pengendali Inter, Conte, menjangkakan kedua-dua pemain akan bertambah baik ketika dia cuba membentuk semula pasukan sebagai kuasa besar dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

"Mereka telah mempamerkan peningkatan yang mendadak dan mampu menjadi lebih penting buat pasukan ini," kata Conte.

"Dalam memastikan mereka dapat dibandingkan dengan barisan penyerang terbaik di peringkat Eropah, satu-satunya cara adalah memahat nama di pentas tertinggi Eropah."

Conte turut melaung amaran terhadap sebarang rasa tidak puas hati ketika berdepan Shakhtar yang telah mengejutkan Real Madrid dengan kemenangan 3-2 di Sepanyol dalam aksi hari pertama.

"Kedua-dua situasi [semifinal musim lalu dan perlawanan ini] tidak dapat dibandingkan," katanya. "Ogos lalu, kami sempurna dalam pertahanan dan serangan. Kami memerlukan persembahan yang lebih teliti.

"Mereka sangat kuat, kebanyakannya adalah pemain Brazil, sangat pantas dan mahir. Bukan kebetulan mereka menang di Madrid, jadi kami memerlukan banyak perhatian. Kami mahu bermain permainan yang bagus."