Conte janjikan waktu beraksi buat Eriksen

Oleh Ammar Hakim 17 Oktober 2020 111
Conte janjikan waktu beraksi buat Eriksen
Antonio Conte menegaskan Christian Eriksen akan mendapatkan peluang di Inter musim ini.

Eriksen menyertai gergasi Serie A dari Tottenham pada Januari, tetapi bergelut untuk mendapatkan waktu bermain.

Pemain kebangsaan Denmark itu berkata dia mahukan lebih banyak peluang, selepas sekadar turun sembilan kali dalam aksi Serie A sejak menyertai Inter.

Ketika Conte berkata Eriksen akan diberikan peluang, dia mengharapkan sesuatu dapat dihasilkan oleh bekas bintang Ajax itu.

"Dia bermain dengan cukup. Sememangnya, pilihan saya adalah kepentingan kepada pasukan, dan saya juga boleh melakukan kesilapan," kata Conte.

"Bagaimanapun, saya gembira dengan usaha yang ditampilkan Eriksen untuk Inter. Bagaimana dia dapat menyesuaikan diri dan saya berasakan dia gembira dengan saya dan staf di sini. Dia akan diberikan peluang kerana musim ini panjang dan sukar.
 
"Saya bakal mempunyai empat pemain tengah menjelang aksi bertemu Milan, tiga daripadanya akan diturunkan dan seorang lagi akan hadir sebagai pemain gantian.

"Kami akan mengharungi lawan yang sukar Rabu ini berdepan Borussia Monchengladbach tetapi saya berasakan Eriksen telah diberikan peluang untuk membuktikan kemampuannya."

Inter memperoleh tujuh mata daripada tiga perlawanan Serie A dan menghuni tangga kelima ketika ini.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen