Conte: Inter di landasan tepat

Oleh Ammar Hakim 28 Oktober 2020 74
Conte: Inter di landasan tepat
Antonio Conte berkata dia berpuas hati dengan 'intensiti dan sikap' Inter dan percaya kelab Serie A itu berada di landasan tepat di sebalik seri tanpa jaringan dengan Shakhtar Donetsk awal pagi tadi. 

Inter menewaskan Shakhtar 5-0 dalam saingan separuh akhir Liga Europa (UEL) Ogos lalu tetapi skuad kendalian Conte kecewa ketika turun beraksi di Stadium Olimpik Kiev.



Inter kekal tanpa sebarang kemenangan dalam Kumpulan B berikutan seri 2-2 dengan Borussia Monchengladbach dan kini berdepan tugas sukar bagi mencari kemenangan dalam aksi seterusnya ketika bertemu juara LaLiga, Real Madrid.

Ketua jurulatih Nerazzurri, Conte berpuas hati selepas tamat perlawanan, menegaskan dia telah banyak perkara positif dan berasakan Inter di landasan yang tepat.

"Saya berasa positif kerana pasukan bermain dengan intensiti dan menunjukkan sikap yang betul," kata Conte.

"Kami membawa permainan kepada pihak lawan dan bermain sebagai pasukan sebenar, tetapi kami tidak bernasib baik. Kami menunjukkan prestasi yang baik dalam kedua fasa tersebut, mewujudkan banyak masalah untuk Shakhtar.
 
"Mereka sangat teknikal dan pantas, jadi pemain-pemain telah melakukan yang terbaik. Ia amat mengeewakan kerana kami berhak untuk menang, tetapi persembahan sebegini membuatkan kami berada di landasan tepat.

"Kami mahu memberikan aksi terbaik di mana sahaja dan kami bermain tanpa menumpukan pada kekuatan lawan."

Inter telah melakukan yang secukupnya untuk menang, memaksa Anatolii Trubin untuk menafikan empat peluang, menggegar palang gol dua kali dan gagal menyempurnakan peluang terhidang Lautaro Martinez. Pada akhirnya, Shakhtar -- yang sekadar mengawal permainan 41 peratus -- bertahan untuk meraih satu mata.


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen