Achraf Hakimi berkata semangat luar biasa Antonio Conte merupakan faktor keputusannya untuk berpindah ke Inter.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai kelab Serie A itu daripada juara Sepanyol, Real Madrid, menandatangani kontrak selama lima tahun.

Pemain itu telah menikmati dua musim di Bundesliga bersama Borussia Dortmund, terutama sekali ketika turun sebagai pemain sayap pertahanan.

Meledak lima gol, Hakimi turut melakukan 10 bantuan jaringan dalam saingan Bundesliga musim lalu -- yang terbaik daripada mana-mana pertahanan.

Conte dan Inter menamatkan saingan di tempat kedua dan Hakimi teruja untuk bekerjasama bersama pengendali berusia 51 tahun itu.

"Saya memilih Inter kerana cara bimbingan Conte yang bersesuaian dengan saya dan saya percaya mampu membantu pasukan. Kami akan cuba untuk mencapai sasaran terutama sekali memenangi Scudetto," katanya.
"Conte seorang jurulatih yang jebat, seorang yang memiliki semangat untuk berdaya saing. Seorang pengendali yang luar biasa dan motivasinya sentiasa membakar semangat pasukan dalam setiap perlawanan.

"Saya telah bermain dengan formasi 3-5-2 di Borussia Dortmund. Apabila tawaran hadir, saya berasakan ia adalah peluang untuk saya berkembang."