Antonio Conte menyeru supaya Inter tidak dilabel sebagai "penyelamat" bola sepak Itali tatkala mereka meneruskan perjuangan dalam Liga Europa.

Pertemuan separuh akhir menentang Shakhtar Donetsk bagi divisyen kedua Eropah itu menanti pengurus berkenaan dan pasukannya di Dusseldorf, awal pagi ini, dan berdepan prospek untuk mengakhiri musim ini dengan gelaran.

Perhatian kemudian beralih kepada Inter bagi mengharumkan nama Itali selepas Juventus tersungkur kepada Lyon sementara Napoli tewas kepada Barcelona dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), manakala Atalanta tunduk kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam suku akhir saingan serupa.

Nerazzurri muncul sebagai harapan terakhir Itali untuk kejuaraan di pentas Eropah musim ini, tetapi Conte menolak tanggapan bahawa mereka beraksi demi negara.

Bekas pengurus Itali dan Juventus itu dalam sidang akhbar hari ini berkata: "Kami tidak menganggap diri kami sebagai penyelamat negara, kami telah melakukan kemaraan ini tanpa aspek yang lain.

"Matlamat kami adalah untuk memperbaiki diri. Secara peribadinya jika kami mencapai kejayaan Eropah, saya akan gembira untuk kelab ini tetapi bukannya untuk diri sendiri. Saya tidak memikirkan rekod peribadi sebaliknya mengenai kelab yang memutuskan untuk mengambil saya."

Conte tampaknya perlu mengharungi perlawanan tanpa kelibat Alexis Sanchez yang tercedera selepas bergelut daripada kecederaan hamstring.

"Sanchez telah tersisih sepanjang tiga perempat kempen musim ini," katanya.

"Kami sedar akan kehilangannya. Adalah normal jika ketiadaannya sesuatu yang mengecewakan saya selain menafikan saya elemen asas."

Inter paling terkesan dengan kelibat Romelu Lukaku selepas bekas penyerang Everton dan Manchester United itu meledak gol dalam sembilan perlawanan terakhirnya dalam kejohanan itu.




Pencapaian itu bermula sejak 2014 lalu ketika dia mewakili Everton, justeru Lukaku muncul pemain pertama yang mencecah rekod seperti itu dalam Liga Europa yang dulunya dikenali sebagai Piala UEFA.

Dia telah terlibat dalam 15 gol sepanjang laluan itu dengan 12 jarangan selain mencipta tiga bantuan gol.

Inter mara ke separuh akhir Liga Europa buat julung kalinya sejak mereka memenangi UCL dalam kempen 2009-10, tetapi Conte bekyn mahu menganggap apa-apa lagi untuk melangkah lebih jauh.

Dia menggambarkan Shakhtar sebagai "pasukan yang penuh dengan pemain berbakat", justeru Inter akan memberi "penghormatan tinggi" terhadap mereka.

Pengurus itu kemudian bertindak menepis pertanyaan mengenai rancangan perpindahan jaguh Serie A tersebut.

Presiden Inter, Steven Zhang, memasang cita-cita besar untuk kelab itu malah bintang terkenal Barcelona, ​​Lionel Messi, turut dikaitkan baru-baru ini.

"Pada masa ini adalah tidak sesuai untuk membincangkan mengenai pasaran perpindahan dan pemain lain," katanya lagi.

"Kami berpeluang beraksi dalam perlawanan akhir musim ini dan saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada skuad saya atas apa yang telah mereka lakukan sepanjang musim ini dan selepas perintah berkurung (akibat COVID-19), persembahan mereka wajar diberi pujian."