Antonio Conte dikenakan penggantungan dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada penghujung aksi ketika Inter Milan terikat tanpa jaringan dengan Udinese dalam perlawanan Serie A hujung minggu lalu.

Conte turut didenda sebanyak €20,000 (RM98,378) oleh Lega Serie A susulan tindakannya menyerang pengadil, Fabio Maresca, ketika skuad Nerazzurri itu keciciran mata untuk mencabar kejuaraan.

Ketua jurulatih Inter itu didenda susulan amukannya berikutan jumlah minit tambahan yang diberikan sebelum meneruskan protesnya selepas wisel penamat.

Pengurus Inter, Lele Oriali, turut digantung satu perlawanan dan didenda €5,000 (RM24,594) gara-gara protesnya selepas perlawanan itu.

Skuad kendalian Conte itu kini ketiggalan dua mata di belakang perndahulu Serie A, AC Milan, dalam perebutan Scucetto musim ini.