SASSUOLO 0 INTER 3

Antonio Conte menggesa Inter supaya terus bekerja keras di sebalik kritikan sejurus melakar 3-0 di Sassuolo, malam tadi.


Kemenangan itu merupakan kekalahan pertama Sassuolo musim ini sementara Nerazzurri melebarkan rentak tidak kalah dalam Serie A kepada 11 perlawanan.

Ia adalah perlawanan di mana Conte menerapkan taktik menyerap tekanan dan memanfaatkan kesilapan lawan -- pelawat hanya dibenarkan menguasai 35 peratus permainan di sebalik kemenangan itu.

Keputusan itu menyaksikan mereka bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Real Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL) pertengahan minggu ini, lantas Conte memuji pasukannya kerana bersatu hati meskipun dihujani kritikan pada musim ini.

"Tahniah kepada pemain kerana tidak mudah putus asa di Inter," katanya kepada Sky Sport Italia.

"Bagaimanapun, kami tetap bersemangat untuk membuang unsur negatif.

"Kami harus dalam keadaan baik, harmoni, memikirkan diri sendiri dan terus berusaha. Kami perlu tahu bahawa ada orang yang tidak sabar untuk mengkritik.

"Kritikan berterusan menimbulkan kesukaran buat pemain. Situasi tertentu boleh menyuntik kekuatan kepada kami demi memberikan yang terbaik untuk diri sendiri.




"Ketika kapal dilanda ribut, kami harus berada di atasnya tanpa membiarkan pengurus mahupun pemain tenggelam. Saya harap kami semua berada di kapal yang sama sekarang."

Sementara itu, gergasi Serie A itu sedia melepaskan pemain tengah, Christian Eriksen, yang tidak gembira gagal merebut tempat dalam kesebelasan sejak tiba dari Tottenham pada Januari lalu.

"Kami sedia melepaskannya Januari ini tanpa mencetuskan sebarang kontroversi," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inter, Giuseppe Marotta.