Coman 'raja' Bayern ketika julang UCL

Oleh Ammar Hakim 24 Ogos 2020 163
Coman 'raja' Bayern ketika julang UCL
Kingsley Coman merupakan 'raja' Bayern Munich ketika meraih kemenangan dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi tadi.

Itu pandangan bekas pemain tengah Bayern, Owen Hargreaves, yang memuji keputusan Hansi Flick untuk menurunkan Coman dalam kesebelasan utama di Lisbon.

Coman menghidupkan suasana perlawanan dengan jaringan pada separuh masa kedua, tandukkan membuktikan cukup bermakna buat Bayern -- kelab yang dipercayai Hargeaves kini diambang era baru -- sekaligus melengkapkan treble buat kali kedua.

Dan Hargreaves, yang memenangi UCL bersama gergasi Bundesliga pada 2001, memuji ketua jurulatih dan bekas bintang PSG, Coman.



"Flick telah menemui keputusan yang tepat dan hari ini keputusan itu adalah Kingsley Coman," kata Hargreaves.

"Mereka memanggilkannya sang raja -- itulah panggilannya di padang ltihan dan dia bertindak sebagai sang raja dalam perlawanan ini.

"Ini merupakan salah sebuah pasukan terbaik Bayern. Flick telah membangkitkan pasukan ini kepada gergasi Eropah.

"Semua orang di Jerman terkejut, dunia bola sepak sekarang telah terkesiam dengan dengan Bayern.

"Tahun lalu Liverpool telah berjaya mempermainkan mereka dan kami bersangka ia adalah pengakhiran era dan kini adalah permulaan yang baru dengan Leroy Sane yang masih belum menyertai pasukan ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen