Coleman: Pencapaian Wales bukan 'bernasib baik'

Oleh Dejan Kalinic 6 Oktober 2016 0
Coleman: Pencapaian Wales bukan 'bernasib baik'

Pengurus Wales, Chris Coleman, menolak cadangan pengendali Austria, Marcel Koller, yang mendakwa pasukannya bernasib baik dalam Euro 2016.

Bercakap menjelang aksi kelayakan Piala Dunia di antara dua pasukan berkenaan, Koller berkata Wales mara ke separuh akhir di Perancis adalah sekadar tuah yang memihak The Dragons.

Coleman menolak cadangan itu sambil menegaskan pencapaian mereka berdasarkan kualiti yang dipamerkan oleh pasukannya.

"Saya tidak melihat pencapaian kami layak ke separuh akhir hanya berdasarkan kepada tuah," kata Coleman.

"Anda boleh bernasib baik dalam satu perlawanan tetapi untuk layak hingga ke separuh akhir, kami telah mempamerkan aksi yang sangat berkualiti sepanjang kejohanan," tegasnya.

Coleman berkata pasukannya telah berjaya menempuhi halangan yang sukar dalam Kejohanan Eropah di mana pasukan lain gagal melakukannya.

"Banyak pasukan lain memasuki kejohanan ini dengan reputasi yang besar kerana telah mengharungi pusingan kelayakan dengan baik.

"Tetapi mereka gagal mengawal dan menyerap tekanan. Pemain-pemain saya berjaya menepis tekanan itu, itu kunci kejayaan kami," hujahnya.

Tentang Penulis

Dejan Kalinic

Komen