PSV 0 ROSTOV 0

Ketua jurulatih PSV, Phillip Cocu mempertahankan prestasi pasukannya selepas mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila mencatat keputusan seri 0-0 di tempat sendiri dengan Rostov.


Juara Eredivisie itu menamatkan saingan kumpulan dengan kedudukan terbawah dalam Kumpulan D apabila hanya mengutip dua mata, kurang lapan mata daripada jumlah keseluruhan untuk membawa mereka ke peringkat 16 pasukan terakhir saingan 2015/16.

Rostov memperolehi mata yang sangat diperlukan mereka di Eindhoven untuk layak beraksi dalam Liga Europa selepas pemain tuan rumah, Gaston Pereiro dan Bart Ramselaar, terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada lewat permainan.

Cocu gembira dengan aksi yang dipersembahkan oleh pasukannya tetapi berkata keputusan awal dalam kumpulan memberi kesan kepada mereka.

"Ini mengecewakan. Pasukan kami telah melakukan segala yang mungkin. Mereka bermain dengan baik," katanya dalam sidang akhbar.

"Tiada keputusan (positif) yang terhasil, tidak bermakn pemain tidak bermain dengan baik."

Pengendali berusia 46 tahun itu berkata keputusan seri 2-2 di Rostov dan kekalahan 1-0 di laman sendiri ketika bertemu Atletico Madrid pada awal saingan telah membuka jalan keluar dari Eropah untuk mereka.

"Saya tidak boleh menyalahkan pasukan. Mereka telah memberikan segala-galanya sehingga saat-saat akhir. Ia cuma kami gagal untuk mendapatkan kemenangan."