Kevin De Bruyne berkata Manchester City 'perlu belajar' apabila mereka sekali lagi mengulangi kegagalan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

City merupakan pasukan pilihan musim ini selepas melangkah ke suku akhir di Lisbon, namun mereka dikejutkan Lyon awal pagi tadi, tewas 3-1.

Ia merupakan kali ketiga berturut-turut skuad kendalian Pep Guardiola telah tewas dalam peringkat yang sama, selepas diaibkan Liverpool kemudian kekalahan dramatik kepada Tottenham, kedua-duanya mara ke final.

De Bruyne menyamakan kedudukan buat City selepas jaringan separuh masa pertama Maxwel Cornet, tetapi dua jaringan Moussa Dembele menyaksikan Lyon mara ke separuh akhir.

De Bruyne berkata, kepada BT Sport selepas perlawanan, "Kami perlu belajar, ia tidak memadai."

"Tahun lain, perkara yang sama. Saya berasakan kami gagal bermain cemerlang dalam separuh masa pertama.



"Kami bermula perlahan. Kami tidak memiliki banyak pilihan tetapi saya berasakan kami bermain dengan baik dalam separuh masa kedua.

"Kami menyamakan kedudukan kemudian terlepas beberapa siri percubaan dan dua lagi gol yang dihasilkan pasukan lawan terlalu sukar untuk dikejar."