City fokus usaha raih tiga kejuaraan -- Sterling

Oleh Staff Writer 2 Mac 2020 170
City fokus usaha raih tiga kejuaraan -- Sterling
Raheem Sterling berkata Manchester City kini fokus untuk meraih tiga kejuaraan selepas menenwaskan Aston Villa 2-1 dalam aksi final Piala EFL, awal pagi tadi.

City menjulang trofi itu buat kali kedua berturut-turut -- serta kali kelima dalam tempoh tujuh musim -- selepas jaringan Sergio Aguero dan Rodri yang dicipta dalam 30 minit pertama di Wembley.

Tandukan Mbwana Samatta memberikan Villa harapan dan City terlepas daripada seri selepas Claudio Bravo menepis keluar bola tandukan Bjorn Engels.

Sterling berpendapat pasukannya tidak lagi berpeluang untuk merapatkan jurang 22 mata dengan pendahulu, Liverpool, tetapi berusaha untuk menjulang Liga Juara-Juara Eropah serta Piala FA.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Real Madrid 2-1 sekali gus meraih bekalan menjelang aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara dan bertandang ke Sheffield United bagi perlawanan pusingan keenam Piala FA, Rabu ini.

"Saingan liga begitu sukar," katanya.

"Setakat ini kami meraih satu iala dan masih berpeluang menambah dua lagi, jadi kami akan fokus dan bersedia.

"Kami hanya perlu fokus dan itu yang kami lakukan sebelum ni.

"Sukar untuk memenanginya selama tiga tahun dan itu yang kami lakukan. Kami hanya perlu terus berkembang dan meraih trofi."

Termasuk saingan Perisai Komuniti, City kini memenangi lapan daripada sembila kejohanan terakhir yang disertai dan pengurus, Guardiola, menjangkakan sukar untuk paukan lain mencapai tahap itu.

"Saya fikir lapan kejuaraan yang diraih daripada sembila kejohanan adalah sesuatu yang hebat," katanya.

"Kelab ini bukan sekadar tentang satu piala tetapi ia mengenai setiap perlawanan. Ia adalah sesuatu yang terbaik dapat kami berikan kepada pasukan.

"Kadangkala, anda memenangi trofi tetapi melalui kemarau piala dalam tempoh yang lama.

"Apa yang penting adalah semua orang tahu tanggungjawab masing-masing untuk berusaha memenangi perlawanan. Ia memberi makna yang besar."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen