Djibril Cisse ingin keluar daripada persaraan untuk menjaringkan 100 gol dalam saingan Ligue 1, bekas penyerang Liverpool dan Perancis itu menegaskan dia "tidak akan tenang" selagi dia tidak mencubanya.

Cisse menukar bola sepak untuk fokus kepada karier DJ pada tahun 2017, walaupun dia membuat kemunculan semula dengan pasukan Switzerland, Yverdon dan kelab Itali, Vicenza 1902, yang pada awalnya telah bersara pada tahun 2015.

Namun, pemain berusia 38 tahun itu -- yang memperoleh 41 penampilan dan memenangi Piala Konfederasi 2003 bersama skuad Perancis, menjulang Liga Juara-Juara (UCL), Piala FA dan Piala Super UEFA di Liverpool -- bertekad untuk kembali beraksi.

Cisse merekodkan 96 gol dalam saingan Ligue 1 setelah bermain dengan kelab terkemuka Perancis Auxerre, Marseille dan Bastia.

"Pada mulanya, itu seperti bahan ketawa," kata Cisse kepada L'Equipe. "Tetapi sedikit demi sedikit, itu mula menjadi keinginan.

"Saya selalu mengatakan bahawa melepasi rekod 100 gol adalah sesuatu yang sangat penting bagi saya. Ketinggalan empat gol amat mengganggu saya.

"Sekiranya itu tidak berlaku, paling tidak saya akan mencuba dan saya dapat menutup buku dengan 100 gol. Tetapi jika tidak mencubanya, saya tidak akan tenang."