Chiellini: Bonucci sertai Milan tidak masuk akal

Oleh Shaiful Shamsudin 24 Mei 2020 131
Chiellini: Bonucci sertai Milan tidak masuk akal

Ketua pasukan Juventus, Giorgio Chiellini, percaya keputusan Leonardo Bonucci untuk bergabung dengan Milan pada 2017 adalah tidak logik.

Bonucci membuat pertukaran yang menggemparkan apabila berkelana daripada Juve ke Milan tetapi kembali ke Turin pada tahun berikutnya.

Chiellini, 35, berasakan tindakan gandingannya di benteng itu tidak masuk akal, sebalik memahami sekiranya Bonucci memutuskan untuk bergabung dengan kelab seperti Real Madrid.

"Permainannya di Milan berbeza, jelas sekali dia tersilap percaturan apabila bergelut dengan dirinya sendiri, oleh itu permainannya dia tidak berkesan," tulisnya dalam autobiografin yang berjudul Io Giorgio, seperti yang dipetik Corriere dello Sport.


 



"Leo bergelut dengan seribu alasan. Saya kesal kerana segalanya berlaku ketika kami tidak sempat bertemu.

"Saya yakin jika ia berlaku pada waktu yang lain, saya akan membuatkannya berfikir untuk kekal. Sebagaimana yang berlaku terhadap Antonio Conte pada Julai 2014, mereka selalu meninggalkan kelab tatkala saya tiada di sana."

Chiellini menambah: "Berkenaan Leo, saya mahu mengatakan bahawa semuanya tidak logik dari awal hingga ke akhirnya.

"Saya boleh mengerti jika dia ke Real Madrid, tetapi ke Milan? Nasib baik, semuanya kembali pulih."

Bonucci telah beraksi dalam 34 perlawanan musim ini sebelum kempen Serie A tertangguh akibat koronavirus baru (Covid-19). 

 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen