Cheng Hoe yakin sokongan padu penyokong Malaysia

Oleh Staff Writer 23 November 2018 445
Cheng Hoe yakin sokongan padu penyokong Malaysia
Skuad Harimau Malaya akan turun dengan misi hidup mati menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok untuk aksi terakhir Kumpulan A, Piala Suzuki AFF tatkala hanya kemenangan akan membawa Malaysia ke separuh akhir.

Pertemuan itu pastinya menjanjikan aksi mendebarkan memandangkan ia menjadi penentu buat kedua-dua pasukan.

Justeru, bagi ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe, anak buahnya sememangnya memerlukan tiga mata bagi meneruskan cabaran dalam kempen kali ini sambil tidak menafikan kekuatan lawan.

"Tentunya kami memerlukan tiga mata untuk mara ke peringkat seterusnya tetapi sebagai ketua jurulatih, saya harus menghormati lawan. Myanmar telah beraksi baik setakat ini dan mereka memiliki strategi untuk menghadapi asakan kami. 

"Namun, berbekalkan pengalaman serta sokongan padu penyokong sendiri, kami positif untuk meraih keputusan yang diinginkan," kata Cheng Hoe.

"Kami gembira untuk berada di sini. Sambutan yang diterima cukup baik," tambah pengendali Myanmar, Antoine Hey.

"Kami hadir ke sini dengan skuad penuh tanpa sebarang masalah kecederaan atau penggantungan. Kini, kami bersedia dan tidak sabar untuk memulakan aksi esok."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen