Cheng Hoe dilantik ganti Vingada

Oleh Penulis Jemputan 7 Disember 2017 1857
Cheng Hoe dilantik ganti Vingada
Selepas Nelo Vingada mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik penolongnya, Tan Cheng Hoe, sebagai pengganti.

Pelantikan bekas pengendali Kedah itu diumumkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menerusi laman Facebook persatuan itu, sebentar tadi.

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe di atas pelantikan beliau menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu," katanya.

Jodoh Vingada yang terkenal dengan panggilan "Profesor" bersama Harimau Malaya hanya bertahan enam bulan dan enam hari selepas jurulatih kelahiran Portugal itu mengambil mengambil keputusan melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Vingada menyatakan keputusan yang diambilnya adalah atas dasar tanggungjawab selepas gagal membantu Malaysia meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen