Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, memilih aksi secara berpusat Jun ini kerana ia adalah waktu terbaik merujuk kepada persediaan skuad kendaliannya.

"Barisan kejurulatih telah berbincang dan saingan berpusat pada bulan Jun antara jalan terbaik tetapi kami perlu menunggu keputusan daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan AFC," kata Cheng Hoe.

Kekangan waktu dan keadaan semasa, telah mengganggu persediaan skuad negara sejak setahun lalu.

Justeru, pilihan kedua yang diberikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) amat sesuai melihatkan tempoh waktu yang semakin suntuk.

Namun buat masa ini belum ada sebarang jaminan dan Cheng Hoe tetap perlu bersedia untuk aksi kelayakan seperti yang dijadualkan iaitu pada bulan Mac.