Frank Lampard memuji kualiti perwatakan dan kepimpinan skuad Chelsea selepas mengatasi Manchester United 3-1 untuk mara ke final Piala FA.

Olivier Giroud dan Mason Mount menemui jaringan dalam pertembungan di Wembley -– dibantu dengan beberapa kesilapan David de Gea -- dan Harry Maguire turut menjaringkan gol sendiri.

Kemenangan itu hadir kurang daripada seminggu daripada kritikan terhadap skuad kendalian Lampard yang kurang bersuara di atas padang ketika tewas 3-0 kepada Sheffield United.

Tetapi pengendali Chelsea itu berasakan pemain-pemainnya selepas bersedia berbanding Man Utd selepas mengawal permainan sejak permulaan permainan dan bakal berdepan Arsenal di final 1 Ogos ini.



"Saya tidak boleh meminta lebih lagi daripada pemain Chelsea -- etika kerja dan tahap persembahan yang ditampilkan amat bagus sekali," katanya.

"Kami cemerlang sepanjang permainan dan berbangga dengan prestasi yang ditampilkan.

"Kami bangkit daripada aksi yang mengecewakan ketika tewas kepada Sheffield United.

"Chelsea telah berusaha sejak beberapa hari yang lalu dan berhak menerima pujian."
Chelsea turut dalam persaingan dengan United untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), slot yang terjamin jika mereka mengatasi Liverpool dan Wolves.

"Kami bakal berdepan beberapa aksi penting selepas ini bagi memastikan objektif pasukan tercapai dan ini merupakan permulaan buat kami."