Pemilik Leeds United, Massimo Cellino, digantung selama 18 bulan kerana melanggar peraturan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) di dalam peraturan ejen ketika perpindahan Ross McCormack ke Fulham pada Julai 2014.

Jutawan Itali itu telah didenda £250,000 (RM1.39 juta) dan tidak dibenarkan untuk bertindak sebagai pengarah atau pengarah bayangan Leeds United atau mana-mana kelab bola sepak yang lain atau syarikat yang terbabit dengan aktiviti membabitkan pemilikan kelab bola sepak.

Cellino juga perlu melengkapkan program pendidikan FA sebelum April 2017.

Kenyataan FA juga menambah Cellino dan Leeds akan mencabar keputusan yang dikeluarkan oleh FA itu.

Ejen, Derek Day pula dikenakan denda £75,000 (RM417,490) dan digantung selama 18 bulan walaupun 11 daripada mereka digantung selama dua tahun berhubung perpindahan yang sama.