Edinson Cavani perlu menghapuskan konsep sains sekiranya mahu tampil buat Uruguay dalam aksi suku akhir Piala Dunia menentang Perancis, kata Adil Rami.

Selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Portugal dalam pusingan kedua, Cavani terpaksa dibawa keluar dalam babak kedua sebelum penggempur Paris Saint Germain (PSG) itu disahkan mengalami kecederaan paha.

Cavani tidak menjalani latihan semalam dan dijangka tidak dapat beraksi ketika berdepan Perancis di Nizhny Novgorod, sambil pertahanan Marseille, Rami, percaya skuad kendalian Didier Deschamps itu tidak perlu memikirkan tentang kelibat penyerang berusia 31 tahun itu.

"Malangnya, kehilangan seorang pemain memberikan kelebihan kepada pihak lain," ujar Rami.

"Kami bercakap tentang Cavani, salah seorang penyerang terbaik dunia dan dia berada pada prestasi terbaik dalam kejohanan, jadi kecederaannya tidak merugikan kami.

"Saya berdepan masalah kecederaan sama dan ia memerlukan masa. Saya cuba melihat daripada aspek sains dan ia tidak mudah. Jika dia bermain menentang kami, itu bermakna dia menghapuskan logik sains. Jadi, usah cuba yakinkan kami dia akan beraksi."

"Perancis dan Uruguay akan berentap dalam aksi suku akhir malam esok dan pemenang akan bertemu sama ada Brazil atau Belgium dalam kelompok empat terakhir.