Edinson Cavani meledak gol ke-100 buat Paris Saint-Germain (PSG) dalam kesemua kejohanan selepas menyempurnakan sepakan penalti dalam kemenangan 2-0 ke atas Angers dalam aksi Ligue 1 pada Rabu.

Penyerang Uruguay itu berhijrah dari Napoli pada tahun 2013 dan menghabiskan tiga musim selaku pemain sayap tatkala posisi no.9 diisi Zlatan Ibrahimovic.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang Cavani untuk meledak 81 gol dalam tempoh itu sebelum merekodkan 19 gol bagi musim 2016-17 sejak Zlatan berhijrah ke Manchester United.

Cavani memerlukan 166 perlawanan untuk mencatat 100 gol.
Tweet 1

Pemain berusia 29 tahun itu kini telah meletakkan dirinya di tempat ketiga dalam senarai penjaring terbanyak PSG di belakang Ibrahimovic (156) dan Pauleta (109).