Edinson Cavani berlatih bersama Manchester United buat pertama kali semalam selepas menamatkan tempoh kuarantin.

Cavani menyertai United sebagai ejen bebas selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada penghujung musim 2019-20.

Bagaimanapun, ekoran pandemik coronavirus, garis panduan kerajaan United Kingdom memerlukan setiap individu menjalani proses kuarantin selama 14 hari selepas tiba dari wilayah tertentu.

Pemain kelahiran Uruguay itu berhijrah dari Perancis, salah satu negara dalam senarai, dan perlu berlatih secara berasingan terlebih dahulu.

Cavani terlepas aksi berdepan Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, bererti debutnya dijangka akan berdepan bekas kelab, PSG dalam saingan Liga Juara-Juara UCL).

Ketika mereka bersiap untuk perlawanan Selasa di ibu negara Perancis itu, United mengeluarkan rakaman di media sosial semalam bahawa berusia 33 tahun itu telah mula berlatih bersama rakan sepasukan barunya.

Cavani tujuh tahun beraksi di Parc des Princes, menjaringkan 200 gol sepanjang bersama kelab Ligue 1 itu.