Casemiro mahu Neymar di Madrid 

Oleh Penulis Jemputan 15 November 2017 2040
Casemiro mahu Neymar di Madrid 
Pemain tengah Real Madrid, Casemiro, berharap Neymar akan bergabung dengan juara LaLiga itu sambil berkata rakan sepasukannya di Brazil itu akan sentiasa dialu-alukan di kelab itu.

Neymar, 25, dikaitkan ke Madrid walaupun baru menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona dalam perjanjian melibat yuran perpindahan rekod dunia pada Ogos lalu. 

Casemiro berkata dia dengan senang hati akan menyambut Neymar di Santiago Bernabeu, namun menegaskan bahawa pemain itu gembira di Paris.

"Dia seorang bintang, dia tahu apa yang dilakukannya, dia seorang pemain hebat dan kehadirannya akan sentiasa disambut di Real Madrid," katanya kepada COPE selepas Brazil seri 0-0 dengan England, awal pagi tadi.

"Saya berharap dia akan datang tetapi dia gembira di kelabnya."

Cabaran Brazil menentang England menutup tahun cemerlang buat barisan kendalian Tite, yang menguasai kelayakan zon CONMEBOL untuk meraih tempat dalam Piala Dunia 2018.

Casemiro berkata Brazil mempunyai peluang dalam kempen Russia 2018, begitupun mengakui negaranya akan menjadi sasaran. 

"Kami tahu bahawa dalam Piala Dunia, semua pasukan mahu menewaskan Brazil," katanya.

"Bagaimanapun, kami mempunyai kumpulan hebat."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen