Pemain sensasi Atletico Madrid, Yannick Ferreira Carrasco, tidak sabar untuk menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu.

Pemain antarabangsa Belgium itu -- berhijrah ke Vicente Calderon dari Monaco pada tahun 2015 -- kini telah menjadi antara tonggak skuad kendalian Diego Simeone.

Carrasco mula mencuri tumpuan apabila berjaya membantu Atletico melakar kemenangan 1-0 ke atas gergasi Jerman, Bayern Munich, dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bulan lalu.

Timbul laporan di England mengatakan Chesela berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu yang mempunyai klausa penebusan kontrak mencecah GBP37 juta (RM189 juta).

Bagaimanapun, Carrasco menegaskan dia tidak berminat untuk berhijrah, sebaliknya mahu kekal bersama Atletico menjangkaui tahun 2020.

"Kontrak saya akan berakhir pada tahun 2020, saya harap saya akan kekal lebih dari itu," katanya.

"Saya sangat gembira di sini.

"Penyokong menerima saya dan bersorak nama saya ketika saya beraksi dengan baik dan menjaringkan gol.

"Saya mahu mengesahkan slot bersama kesebelasan utama."