READING 2 CARDIFF CITY 2

Cardiff City menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit terakhir walapun jurulatihnya, Neil Warnock, diusir daripada bangku simpanan untuk menuntut keputusan seri 2-2 dengan Reading dalam Liga Kejuaraan di Stadium Madejski, awal pagi tadi.


Skuad Warnock mungkin boleh merapatkan jurang kepada dua mata di belakang Wolves selepas pemimpin liga itu dikejutkan Sunderland 0-0 kelmarin tetapi mereka akhirnya terpaksa berpuas hati kerana tidak tewas sekalipun ketinggalan 2-0 seawal separuh masa pertama.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-16 apabila Callum Patterson melakukan kesilapan dengan menghantar bola kepada penjaga gol menerusi tandukan selepas sepakan penjuru daripada Liam Kelly.

Sementara itu, gol kedua Reading tiba empat minit sebelum rehat hasil voli 20 meter daripada Modou Barrow yang melepasi ramai pemain.

Warnock kemudian diusir daripada bangku simpanan selepas tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil, sekali gus hampir menutup peluang Cardiff untuk bangkit.

Tetapi mereka bangkit cemerlang bermula dengan jaringan Joe Bennett menerusi voli menari, sebelum bola daripada percubaan Lee Tomlin menyentuh palang dan melepasi garisan dalam masa kecederaan, dengan bantuan daripada teknologi garisan gol.

Reading selepas itu hampir-hampir mencuri kemenangan, dengan tandukan Paul McShane terkena palang tetapi Cardiff mengawal keadaan dengan cukup baik untuk mendapatkan satu mata.