Cannavaro: Semua orang pandang Messi tapi saya lihat Iniesta

Oleh Muzaffar Musa 12 Mei 2020 189
Cannavaro: Semua orang pandang Messi tapi saya lihat Iniesta
Fabio Cannavaro berbincang mengenai rasa kagumnya kepada Andres Iniesta dengan berkata dia melihat pemain tengah Barcelona itu lebih hebat daripada Lionel Messi.

Iniesta, yang kini bersama kelab Liga Jepun, Vissel Kobe, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 semalam.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu meninggalkan Barcelona pada 2018 setelah memenangi setiap trofi bersama pasukan gergasi LaLiga itu.

Cannavaro, yang memenangi dua gelaran LaLiga sewaktu bergelar pemain Real Madrid, berkata matanya sentiasa tertumpu kepada Iniesta, yang diiktiraf sebagai salah sorang pemain tengah terbaik sepanjang zaman.

"Dia bermain dengan gaya seperti, anda tidak boleh berbuat apa-apa selain berasa kagum apabila anda melihatnya bermain," kata bekas pemain kebangsaan Itali itu kepada AS.


"Dia sorang profesional yang amat sempurna, amat rendah diri... saya menggemarinya.

"Semua orang mungkin memandang Messi tetapi saya melihat Iniesta," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen