Cancelo selesai jalani pembedahan lutut

Oleh Penulis Jemputan 15 Disember 2018 61
Cancelo selesai jalani pembedahan lutut
Juventus mengesahkan pertahanan mereka, Joao Cancelo, selesai menjalani pembedahan lutut kanan.

Pemain kebangsaan Portugal itu menjalani pembedahan "medial selective meniscectomy" di Klinik Sedes Sapientiae, Turin, malam tadi.

Pemain sayap bertahan itu dijangkakan berehat sehingga pertengahan bulan depan.

Cancelo merupakan tonggak utama Juve sejak tiba daripada Valencia dengan yuran perpindahan €40.4 juta (RM192.6 juta), awal musim ini.

Dia telah melakukan 15 penampilan bersama skuad kendalian Massimiliano Allegri itu.

Juve kini menerajui Serie dengan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dengan 14 kemenangan dan satu keputusan seri.

Mereka akan berdepan seteru setempat, Torino, awal pagi nanti.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen