Sasaran Barcelona yang digembar-gemburkan, Ronald Koeman, hanya akan ditawarkan kontrak setahun di Camp Nou dengan masa depannya kemudian diputuskan oleh presiden kelab seterusnya, menurut salah seorang calon jawatan itu.

Koeman dilaporkan bakal dilantik sebagai pengurus baru Blaugrana dan meninggalkan peranannya sebagai pengendali Belanda ekoran pemecatan Quique Setien.

Setien gagal mempertahankan mahkota LaLiga selain kekalahan memalukan 2-8 di tangan Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Koeman bukanlah sosok asing di kelab itu tetapi berikutan pilihan raya tahun depan, situasi itu berpotensi kepada perubahan di bahagian ahli lembaga pengarah.



Bekas Naib Presiden, Emili Rousaud, yang mengundurkan diri April lalu, percaya rundingan sedang berjalan dan dia akan menyokong pelantikan Koeman untuk jangka masa pendek.

"Saya akan mencadangkan kontrak setahun untuk Koeman, dengan syarat sesiapa yang memenangi pilihan raya berikutnya perlu mempertimbangkan lanjutan kontraknya," kata Rousaud kepada Radio Marca.

Selepas menamakan pengurus baru, kelab yang berpangkalan di Catalan itu perlu mengintai pasar pemain dan Rousaud memberi isyarat ramai pemain akan dilepaskan.

"Kitaran ini sudah berakhir," katanya.

"Pemain tertentu yang berusia lebih dari 30 tahun selain mempunyai kontrak yang panjang tetapi tidak mampu dipertaruhkan lagi perlu dilepaskan.

"Kami perlu mencari jalan penyelesaian, misalnya meminjamkan mereka yang bergaji besar ke negara yang mengenakan cukai rendah

"Kita perlu mencari penyelesaian kreatif, seperti pinjaman berpendapatan tinggi ke negara-negara dengan kadar cukai yang lebih rendah."