Cadiz meraih tiket LaLiga dalam musim 2020-21 selepas kedudukan dua teratas tidak lagi boleh digugat susulan kegagalan pasukan yang menguasai tempat ketiga, Real Zaragoza, tunduk kepada Real Oviedo, awal pagi tadi.

Kali terakhir kelab Andalusia itu muncul dalam saingan di peringkat teratas Sepanyol adalah pada 2005-06 tetapi sejak itu dalam tempoh tujuh musim, mereka hanya mampu mewarnai divisyen ketiga.

Kekalahan 0-1 kepada Fuenlabrada di kandang sendiri kelmarin menyaksikan Cadiz terlepas peluang untuk mengesahkan meninggalkan Divisyen Sagunda.




Namun, kemaraan pendahulu liga itu dibantu Oviedo, yang melakar kemenangan 4-2 di La Romareda, sekali gus memastikan kedudukan Cadiz tidak lagi boleh dipintas oleh mana-mana pasukan kecuali pencabar di tangga kedua, Huesca.

Pasukan bimbingan Alvaro Cervera itu gagal meraih tempat dalam pusingan play-off musim lalu, tetapi kini di ambang merebut gelaran juara selain dibantu pendahuluan lima mata di depan Huesca.