Busquets boleh cakap selama lima, enam jam tentang masalah Barcelona

Oleh Ammar Hakim 13 Oktober 2020 104
Busquets boleh cakap selama lima, enam jam tentang masalah Barcelona
Pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets, berkata dia boleh bercakap selama lima atau enam jam mengenai pergolakan dalam kelab. 

Gergasi LaLiga, Barca telah banyak terlibat dalam drama sepanjang 2020, berikutan pengumuman umum Lionel Messi bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu, cara kelab membenarkan Luis Suarez berhijrah menyertai Atletico Madrid dan pelantikan Ronald Koeman sebagai ketua jurulatih yang baru selepas Quique Setien dipecat apabila tewas 8-2 kepada Bayern Munich.

Messi akhirnya kekal di Camp Nou setelah menyedari tidak dapat mengaktifkan klausa dalam kontraknya, sementara Koeman membantah dakwaan Suarez bahawa dia dipaksa keluar dari kelab. 

Busquets -- kini bertugas antarabangsa bersama Sepanyol -- berpandangan kuat mengenai keadaan kelabnya tetapi mencadangkan memerlukan banyak masa untuk membincangkan semuanya. 

"Satu perkara adalah apa yang berlaku di luar, satu detik yang kurang baik buat kelab," katanya. "Dan apa lagi yang berlaku di padang, sesuatu yang tidak baik buat pasukan di tahap individu mahupun kolektif. 

"Sekiranya saya berhenti untuk memberi pendapat saya dengan teliti, mungkin lima atau enam jam. 
 

"Di padang itu bukan tahun terbaik kami. Bola sepak adalah sukan berpasukan dan jika anda tidak berkesan secara kolektif, anda tidak akan cemerlang sebagai individu. Tetapi ia sudah berlaku dan kami mempunyai peluang baru. Perkara telah berubah dan kami berharap ia akan menjadi lebih baik."

Busquets turun beraksi ketika Sepanyol seri tanpa jaringan dengan Portugal sebelum ini dan turun ketika menang 1-0 ke atas Switzerland Ahad lalu.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen