Sergio Busquets menyifatkan pertemuan dengan Atletico Madrid pada Ahad ini bakal menjadi lebih sukar selepas Barcelona sekadar seri 1-1 menentang Las Palmas, awal pagi tadi.

Barca, yang kini mendahului carta LaLiga, gagal meraih mata penuh setelah jaringan penalti Jonathan Calleri memadamkan gol awal Lionel Messi.

Keputusan seri itu meletakkan Barca kini hanya dibezakan lima mata dengan Atletico yang mengekori di tangga kedua.

"Kami melepaskan dua mata ketika detik terpenting semasa bertemu Las Palmas tetapi kami tahu mereka lawan yang sukar ditewaskan di laman sendiri walaupun kini mereka di kedudukan tiga terbawah.

"Aksi menentang Atletico pada Ahad akan menjadi lebih susah. Kami akan memastikan kemenangan menjadi milik kami," kata Busquets.

Mengenai insiden penalti yang diberikan kepada Las Palmas pada minit ke-48, rakan sepasukan Busquets, Andres Iniesta, menyifatkan ia tidak patut diberikan.

"Saya tidak nampaknya sebagai satu sepakan penalti. Dalam situasi itu, penjaga gol Las Palmas dilihat bola mengenai tangannya tetapi kami tidak boleh mengubah keputusan.

"Ia membuatkan kami kecewa di akhir permainan. Kami tidak dapat melakukan hantaran sempurna di penghujung aksi," ujar Iniesta.