Bola sepak Malaysia membuka lembaran baru apabila Stadium Nasional, Bukit Jalil bakal menjadi venue rasmi skuad Harimau Malaya apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menandatangani perjanjian bersama, hari ini.

Buat julung kalinya, skuad kebangsaan akan mempunyai stadium sebagai gelanggang tuan rumah rasmi bagi kesemua aksi, terutama membabitkan kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023, dari 5 September hingga 9 Jun 2020.

Perjanjian itu turut meliputi kempen Piala AFF 2020.

Namun, ia tidak akan menghalang skuad negara untuk menggunakan stadium lain sekiranya berhajat.

Ikuti berita selanjutnya dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini