Juventus dan Inter Milan sememangnya bersaing sengit musim ini tetapi Gianluigi Buffon tidak menyimpan dendam terhadap bekas pengendali, Antonio Conte, yang memecahkan perseteruan Derby d'Italia.

Conte mengendalikan Inter sejak Mei lalu dan mengemudi The Nerazzurri meraih enam kemenangan berturut-turut dalam permulaan Serie A.

Rentetan kemenangan itu tamat selepas tewas 2-1 di tangan Juventus, pasukan yang pernah diwakili dan dikendalikan oleh bekas pengendali Itali itu selama lebih 15 tahun.

Menjelang pertemuan tersebut, Conte mengecam peminat Juve yang mengadakan kempen untuk menghapuskan namanya daripada Laluan Kemasyhuran susulan tindakannya menyertai musuh ketat The Old Lady itu.

"Dia merupakan rakan sepasukan dan kapten saya di Juventus, malah pernah menjadi pengurus saya di peringkat kelab dan antarabangsa," kata Buffon.

"Saya tahu dia seorang profesional, sebab itu saya tidak boleh mengecamnya di atas semua keputusan yang dilakukan dalam kariernya.

"Dia sangat profesional dan sentiasa berlaku adil kepada pasukan serta pemainnya.

"Conte merupakan seorang guru bola sepak dan memberikan segalanya terhadap apa yang dilakukan. Dia tidak boleh tidur pada waktu malam jika pasukannya tidak beraksi dengan baik."

Kemenangan Juve di San Siro menyaksikan juara bertahan Serie A itu kembali meraih kedudukan teratas sebelum tempoh rehat antarabangsa.

Aksi itu dilihat sebagai medan ujian buat Inter untuk mencabar kejuaraan dan tatkala skuad kendalian Maurizio Sarri itu menggunakan kesempatan yang ada, Buffon percaya sikap meraikan kemenangan itu lebih penting berbanding tiga mata.

"Saya tidak fikir kemenangan ke atas Inter memberi kesan besar kepada perlumbaan kejuaraan tetapi saya percaya ia lebih kepada cara kami meraih keputusan itu," katanya.

"Dalam isu ini, saya boleh katakan bahawa kami beraksi untuk menang, lebih penting daripada kemenangan itu."