Buffon sedia beraksi jika Itali perlukan khidmatnya

Oleh Penulis Jemputan 28 November 2017 1083
Buffon sedia beraksi jika Itali perlukan khidmatnya
Gianluigi Buffon memberikan bayangan akan kekal sedia untuk berkhidmat bersama Itali sambil menegaskan dia tidak akan menolak tawaran untuk beraksi dengan skuad kebangsaan.

Penjaga gol veteran itu menyatakan hasratnya selepas tewas kepada Sweden dalam aksi play-off Piala Dunia dan ketika itu, dia telah memiliki 175 kaps untuk Azzurri.

Bergenang air mata Buffon di San Siro apabila Itali tewas 1-0 menerusi keputusan agregat, yang bermakna mereka terlepas kejohanan terbesar dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Bagaimanapun, pemain berusia 39 tahun itu berkata dia akan sentiasa bersedia untuk menerima panggilan beraksi bersama Itali pada bila-bila masa.

"Saya berehat daripada saingan antarabangsa tetapi saya tidak mungkin akan menolak tawaran jika khidmat saya diperlukan pada masa akan datang," katanya.

"Saya sudah mencecah 39 tahun, jadi sudah tiba masa untuk saya berehat sebentar.

"Jika terdapat kekurangan penjaga gol dan mereka meminta saya untuk beraksi, saya akan kembali beraksi walaupun berusia 60 tahun," katanya.

Buffon sebelum ini menyatakan jika Juventus memenangi Liga Juara-Juara (UCL), dia akan terus beraksi dalam saingan Piala Dunia Kelab.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen