Gianluigi Buffon akan berdepan hukuman daripada Peratuan Bolasepak Itali (FIGC) selepas didapati menggunakan "ekpsresi penghinaan" ketika Juventus menewaskan Parma 4-0 bulan lalu.

Jawatankuasa Disiplin FIGC kini sedang menilai kes Buffon dan penjaga gol veteran itu dijangka akan digantung satu perlawanan.

Satu kenyataan daripada persatuan itu berkata Buffon dikesan melakukan kesalahan itu melalui kamera ketika menjerit memberikan arahan kepada rakan sepasukannya, Manolo Portanova, pada minit ke-80 perlawanan itu.

Buffon, 42, melakukan enam penampilan buat Juve dalam kesemua kejohanan musim ini dan menjadi penjaga gol sokongan kepada Wojciech Szczesny sejak kembali ke Turin daripada Paris Saint-Germain pada 2019.