Seorang budak lelaki berusia 12 tahun didakwa selepas dilapor melakukan ejekan perkauman ke atas pemain Rangers dalam 'Derby Old Firm', November lalu.

Insiden itu berlaku ketika Rangers menewaskan juara bertahan Liga Perdana Scotland, Celtic, 2-1 pada 29 Disember lalu.

Nama budak itu terpaksa dirahsiakan di atas sebab undang-undang seperti yang disahkan Polis Scotland semalam.

Penguasa Polis, SP Mark Sutherland, dari Divisyen Greater Glasgow berkata: "Pelanggaran dalam apa-apa bentuk itu tidak dapat diterima dan Polis Scotland akan terus menyiasat dengan teliti setiap laporan yang kami terima dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke pihak berkuasa yang berkenaan.

"Kami mengingatkan orang ramai, disebabkan individu yang ditahan masih berada di bawah umur 18 tahun, dia tidak dapat dinamakan atau didedahkan di atas sebab undang-undang seperti Akta Prosedur Jenayah (Scotland) 1995."

Dalam perlawanan itu, Rangers memperoleh kemenangan liga pertama ke atas Celtic sejak 2010 hasil jaringan Ryan Kent dan Nikola Katic.

Penyerang Rangers, Alfredo Morelos, diarahkan keluar padang dalam babak kedua selepas dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan simulasi.



Editor: Muzaffar Musa