Lucy Bronze memenangi Anugerah Pemain Wanita Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi tahun 2020 selepas menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Lyon.

Pemain kebangsaan England itu merupakan pilihan ketiga dalam memenangi anugerah berkenaan tetapi dipilih sebagai pemenang selepas menjuarai gelaran Eropah ketiganya dalam musim ketiga dan terakhir di Perancis.

Pertahanan kanan itu, yang kemudian kembali ke pangkuan Manchester City, menewaskan dua pencabar lain, iaitu Pernille Harder dan Wendie Renard.

"Wah, ia merupakan satu kejutan untuk saya dicalonkan bersama dua pemain lain yang amat saya kenali.

"Pernille Harder and Wendie Renard merupakan pemain yang amat hebat dan juga individu yang amat luar biasa. Untuk berada di samping kedua-dua pemain itu juga merupakan sesuatu yang amat luar biasa.

"Untuk memenanginya, saya tidak fikir saya ada perkataan untuk menjelaskan bagaimana perasaan saya buat masa ini.

"Tetapi jika ada sesuatu yang tahun 2020 telah mengajar kita, ia tentang menghargai setiap momen yang anda ada, untuk tidak melihat terlalu jauh ke depan dan untuk hidup di sini pada waktu ini.

"Jadi saya fikir dengan memenangi anugerah ini dalam waktu ini, tahun ini, saya lebih menghargainya berbanding bila-bila.

"saya akan mengingati momen ini sepanjang hidup saya. Saya benar-benar akan menikmati momen ini," katanya.