Brendan gembira rancangan kem latihan skuad negara

Oleh Nafis Abdullah 4 Jun 2020 214
Brendan gembira rancangan kem latihan skuad negara
Pemain tengah negara, Brendan Gan, menganggap 'quarantine training base camp' yang dirancang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai sinar buat Harimau Malaya.

Kem latihan itu diadakan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 setelah persiapan awal mereka terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Brendan ketika dihubungi menerusi panggilan video oleh wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata: "Saya rasa ia idea yang bagus untuk memastikan pemain bersedia dan cergas. Kelayakan ini sangat penting. Sebagai pemain, kami mahu sentiasa cergas dan mampu bersaing. Jadi, saya fikir sangat penting untuk mengadakan latihan

"Kami juga perlu memikirkan soal kesihatan dan keselamatan bagi semua yang terlibat. Bukan sahaja pemain tetapi ia termasuk pegawai pasukan dan lain-lain. Begitu juga dengan staf hotel di venue pusat kuarantin itu."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen