Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, tidak menafikan nama penolong jurulatih skuad B-23 negara, Bradley Maloney, ada dalam senarai akhir menggantikan Bojan Hodak.

Perkhabaran yang menjurus ke arah pembabitan Maloney untuk skuad B-19 negara itu bakal menjadi nyata.

Ia berikutan pengesahan Stuart sendiri di mana nama Maloney berada dalam perbincangan awal sebagai pengganti bekas pengendali skuad B-19 negara, Hodak.

"Maloney berada dalam senarai pendek untuk dilantik sebagai jurulatih skuad B-19 tetapi kami akan membuat penilaian yang lebih lanjut sebelum membuat keputusan," kata Stuart.

Pengendali dari Sydney, Australia itu menjadi sebutan sebagai nama paling layak membimbing skuad pelapis skuad B-19 negara merujuk kepada usaha FAM yang mahu mengelak pembayaran gaji jurulatih yang terlalu besar.

Tegas Stuart, calon yang berada di tangan FAM ketika ini semuanya memiliki pengalaman luas dengan perkembangan bola sepak Malaysia.