Bonucci perlu tingkat prestasi berdepan Roma -- Montella

Oleh Penulis Jemputan 1 Oktober 2017 8
Bonucci perlu tingkat prestasi berdepan Roma -- Montella
Pengurus AC Milan, Vincenzo Montella, menegaskan kapten pasukan, Leonardo Bonucci, perlu mempertingkatkan mutu permainan menjelang aksi berdepan Roma. 

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Milan dari Juvenus pada Julai lalu tetapi masih bergelut untuk menyesuaikan diri selepas tewas dua kali dalam enam perlawanan pembukaan Serie A musim ini.

The Rossoneri menduduki tangga keenam tetapi berkongsi mata dengan Roma yang bakal berkunjung ke San Siro, dan Montella meminta peningkatan daripada Bonucci dan barisan pertahanan bagi perlawanan seterusnya.

"Bonucci bukan masalah untuk kami. Dia menyedari peningkatan harus dilakukan, dia merupakan seorang pemain yang berpengaruh untuk Milan.

"Orang melihat kekalahan Milan berpunca daripada kesilapan Bonucci tetapi saya mengetahui Bonucci mempamerkan aksi terbaik. Berdepan Roma merupakan satu ujian untuk pasukan kami," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen