JUVENTUS 0 INTER 0
(Juve mara dengan bekalan gol 2-1)

Andrea Pirlo cukup seronok melihat Juventus melangkah ke perlawanan Coppa Italia selepas mengetepikan Inter.


Juventus dan Inter buntu tanpa jaringan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Turin itu, awal pagi tadi, dan dua gol Cristiano Ronaldo dalam kemenangan 2-1 di San Siro minggu lalu terbukti penting.

Pirlo berusaha menerapkan gaya hantaran lebar di Juve musim ini dengan hasil yang tidak menentu, tetapi Bianconeri. yang diketuai Gianluigi Buffon awal pagi tadi, membangkitkan kenangan kejayaan mereka selama bertahun-tahun di bawah bimbingan Massimiliano Allegri dan Antonio Conte.

"Ini satu pencapaian yang sangat bagus," kata pengurus Juve itu kepada Rai Sports mengenai perbandingan yang dibuat.

"Sekiranya saya perlu memenangi apa yang pernah dijulangnya, maka anda juga boleh memanggil saya 'Allegriano'.

"Kami beraksi dengan sangat cemerlang, mereka hampir tidak pernah mengancam pintu gol kami."



Pirlo turut memuji Samir Handanovic sebagai pemain terbaik di atas padang apabila penjaga gawang Inter itu menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dalam separuh masa kedua termasuk menggagalkan usaha Ronaldo.

Satu lagi slot ke final akan menjadi perebutan di antara Atalanta dan Napoli, yang ditewaskan Juve dalam trofi Supercoppa Italiana sebagai gelaran pertama di bawah pimpinan Pirlo.

"Memang dalam rancangan saya untuk memenangi Supercoppa dan melangkah ke final Coppa, tetapi masih ada tugas yang harus diselesaikan," tambahnya.

"Sebagai jurulatih, ia sama sekali berbeza. Kami berpuas hati dengan pencapaian setakat ini tetapi kami belum memenangi apa-apa gelaran."

Juve layak ke final keenam Coppa Italia dalam tujuh musim terakhir, cuma terkandas awal pada musim 2018-19.

Malah, mereka belum tewas dalam 11 daripada 12 perlawanan sejak awal tahun ini dengan memenangi 10 daripadanya.