Bojan: Firmino lebih sesuai berbanding Martinez

Oleh Ammar Hakim 9 Mei 2020 693
Bojan: Firmino lebih sesuai berbanding Martinez
Bojan Krkic percaya Barcelona lebih baik menandatangani penyerang Liverpool, Roberto Firmino berbanding pemain skuad kebangsaan Argentina, Lautaro Martinez.

Penyerang Inter, Martinez, telah dikaitkan berhijrah ke Nou Camp pada penghujung musim ini, di mana dia akan bergandingan bersama Lionel Messi.

Tetapi bekas penyerang Barca, Bojan, berasakan Martinez, tidak memiliki kualiti yang diperlukan Barca, melihat kepada susuk tubuh serta gaya permainannya.

Dan dia turut memberikan amaran mereka perlu lebih meneliti pemain yang diperlukan selepas Antoine Griezmann yang berhijrah dari Atletico berdepan kesukaran menyesuaikan diri.

Dengan Luis Suarez yang lebih kerap diturunkan sebagai penyerang utama, ketiga cergas, Griezmann dipaksa turun di bahagian sayap.

Bojan berasakan Martinez seorang pemain yang sangat sesuai dengan corak permainan Inter, dan menegaskan dia merupakan salah seorang pemain yang menakjubkan.

Tetapi dia turut meluahkan mengenai pemain tersebut dengan berkata, "Inter jarang mengambil inisiatif dan saya berasakan dia boleh mengisi kekosngan di Barca tetapi dia kurang bersesuai dengan corak permainan Barca.

"Jika saya dibenarkan memberikan cadangan, saya memilih Firmino: seorang pemain yang mudah menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi. Barca perlu mengelak daripada melakukan kesilapan apabila menandatangani penyerang seperti Griezmann tetapi kerap menurunkannya di bahagian sayap.

Firmino berhijrah ke Liverpool pada 2015 dan menandatangani kontrak jangka masa panjang April 2018, membantu skuad kendalian Jurgen Klopp muncul pemenang Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu dan mendahului saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen