Jerome Boateng menikmati setiap saat bersama Bayern Munich di bawah kendalian Hansi Flick dan mahu terus kekal di Allianz Arena.

Pertahanan itu dijangka meninggalkan kelab musim panas ini tetapi dia telah berjaya mendapatkan kepercayaan Flick, yang mengambil alih pasukan sebagai pengurus tetap November lalu.

Kontrak Boateng berakhir tahun hadapan dan mahu menamatkannya bersama kelab tersebut, dengan Flick kini memimpin Bayern ke puncak Bundesliga sejak mengambil alih tugas Niko Kovac.

"Saya terhutang budi banyak kepada Hansi Flick. Jika beliau tidak mengendalikan pasukan, saya mungkin sudah tidak lagi bergelar pemain Bayern," kata pemain berusia 31 tahun itu.

"Kontrak saya di Munich berakhir tahun hadapan dan saya boleh membayangkan terus beraksi di bawah khidmat Hansi Flick.

"Saya mengetahui kelab telah banyak membantu saya. Kelab ini sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa bagi saya.

"Kombinasi bandar, penyokong dan suasana kekeluargaan menjadikan pasukan ini unik."
Youtube Embed

Bayern mendahului saingan dengan berkelebihan empat mata, dengan saingan bakal bersambung bulan ini.