Blatter tuduh Infantino tidak hormat padanya

Oleh Staff Writer 9 Disember 2016 0
Blatter tuduh Infantino tidak hormat padanya
Sepp Blatter telah menuduh presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang baru, Gianni Infantino, tidak menghormatinya.

Blatter telah digantikan oleh bekas Setiausaha Agung UEFA, Infantino, sebagai presiden FIFA pada Februari, selepas tempoh melebihi 17 tahun.

Blatter dan rakan sejawatannya dari UEFA, Michel Platini, telah digantung daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak oleh FIFA pada Disember 2015 apabila Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengesahkan berlakunya perlanggaran kod etika tatatertib oleh kedua-duanya.

Penggantungan selama lapan tahun yang dikenakan telah dikurangkan kepada enam tahun pada awal minggu ini sementara Mahkamah Timbangtara Sukan menolak rayuan Blatter dan memutuskan penggantungan ke atasnya akan kekal dijalankan.

Blatter yang berusia 80 tahun tidak menyenangi tingkah laku Infantino.

"Saya sememangnya tidak gembira dengan apa yang berlaku dalam FIFA," kata Blatter kepada BBC.

"Saya tidak pernah melihat di dalam mana-mana syarikat presiden yang baru tidak menghormati presiden yang lama.

"Selepas pilihan raya, kami mempunyai hubungan yang sangat baik dan dia singgah di rumah saya untuk berbual. Saya memberitahunya saya mempunyai senarai soalan yang perlu diselesaikan di dalam FIFA yang tidak pernah diselesaikan sebelumnya.

"Saya telah bertanya dengannya, telah menghantar surat kepadanya dan saya mempunyai nombor telefon peribadinya dan saya tahu itu nombor yang betul. Tetapi dia tidak pernah menjawabnya -- tidak pernah.

"Saya masih mempunyai senarai tersebut, jadi sekarang kami hanya bercakap melalui peguam."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen