Betis hilang sabar dengan Poyet selepas kalah empat kali

Oleh Staff Writer 12 November 2016 1
Betis hilang sabar dengan Poyet selepas kalah empat kali
Jurulatih Real Betis, Gus Poyet, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya apabila dipecat ekoran prestasi hambar ketika membimbing pasukan itu.

Tempat Poyet bakal digantikan oleh bekas pemain tengah Real Madrid, Victor Sanchez.

Poyet, bekas pengurus Sunderland dan AEK Athens, gagal untuk membawa Betis mencari kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, apabila pasukan itu mencatatkan empat kekalahan.

Kegagalan untuk menghasilkan kemenangan juga menyaksikan Betis kini berada di kedudukan ke-14 LaLiga dan penyokong telah melaungkan amaran untuk memboikot pasukan tersebut sehingga Poyet dipecat.

Pengendali dari Uruguay itu telah menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama Betis pada Mei lalu.

Sanchez yang sebelum ini merupakan pengendali Olympiacos, beraksi bersama Madrid pada 1990-an dan pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol sebanyak lapan kali.

Dia akan memulakan tanggungjawabnya untuk membimbing Betis di halaman sendiri menentang La Palmas, pada Jumaat depan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen