Penyerang Ukraine, Artem Besedin, berdepan tuduhan doping daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), demikian disahkan kelabnya, Dynamo Kiev.

Besedin mewakili Dynamo dalam Liga Europa di mana mereka menamatkan saingan Kumpulan B itu di tangga ketiga di belakang Malmo dan Copenhagen.

Pemain berusia 23 tahun itu turut membantu kemaraan Ukraine ke Euro 2020 dengan menjaringkan gol keduanya di peringkat antarabangsa ketika mengikat Serbia bulan lalu.

Dynamo berkata dalam satu kenyataan rasmi bahawa mereka telah dimaklumkan oleh UEFA mengenai pelanggaran undang-undang antidoping yang mungkin dilakukan pemain itu.

"Segala nuansa dan keadaan sedang diperjelaskan," kata kenyataan itu.

"Oleh itu, dan selaras dengan keperluan kerahsiaan, Dynamo Kiev tidak dapat menyediakan maklumat yang terperinci buat komuniti bola sepak sehingga segala prosedur yang relevan selesai."

Besedin menjaringkan lapan gol daripada 13 penampilan dalam liga musim ini dengan Dynamo kini di tangga kedua di belakang Shakhtar Donetsk dalam Liga Perdana Ukraine.