Pertahanan Bayern Munich, Juan Bernat, kembali menjalani latihan selepas pembedahan buku lali dan meletakkan sasaran untuk beraksi dalam Piala Dunia bersama Sepanyol.

Pemain berusia 24 tahun itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan buku lali dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) ketika bertemu AC Milan pada 22 Julai lalu.

Selepas kembali menjalani latihan semalam, bekas pemain Valencia itu telah menegaskan keinginannya untuk kembali berada pada tahap terbaik untuk kelab dan negaranya.

"Saya sedang menjadi latihan dengan serius supaya dapat kembali berada pada tahap terbaik," katanya.

"Ia akan menjadi sangat sukar tetapi saya berada pada landasan yang tepat. Saya mahu pulih segera dan memberikan persembahan terbaik untuk kelab dan beraksi dalam Piala Dunia merupakan sasaran saya.

"Saya sangat gembira, perkara paling penting adalah tulang saya dalam proses pemulihan. Saya tidak lagi berasakan kesakitan."