Jurulatih baru Sevilla, Eduardo Berizzo, berjanji untuk menggunakan corak bola sepak menyerang, gaya sama yang diterapkan pengendali sebelumnya, Jorge Sampaoli.

Sampaoli, yang melatih Sevilla untuk satu musim sebelum membimbing Argentina, membantu kelab itu menamatkan saingan di tempat keempat dalam LaLiga, sebelum ini mengancam untuk menekan Real Madrid dalam perebutan kejuaraan.

Bekas bos Celta Vigo, Berizzo, menjadi penggantinya dan jurulatih berusia 47 tahun itu menegaskan akan ada banyak persamaan di antara kedua-dua pasukan.

"Saya berkongsi banyak idea dengan Sampaoli," katanya.

"Rancangan saya adalah untuk menyerang, mengawal perlawanan dan memenangi bola semula dengan cepat. Saya suka menentukan perlawanan dan sebab itu saya memilih untuk beroperasi dengan bola.

"Dengan cara ini, aksi kami semua meningkat."

Berizzo menjadi jurulatih Celta selama tiga tahun selepas bermain untuk kelab pada 2005.